5 March 2015

Anak Mama Dah Boleh Berjalan..:)

Assalamualaikum semua..:)

Hepiiii je tau bila tengok anak terkedek-kedek dah berjalan. Punya la saya risau bila kawan-kawan sebaya dia dah nak berlari, tapi anak kita lum melangkah lagi. Hukkk..

Akhirnya, berjaya juga humaira melangkah walaupun masih dalam keadaan berhati-hati lagi. Sekarang takmo dah dukung-dukung. Nak berjalan ajelah. Sudahhhh...




Lagi 3 hari genap anak mama 1 tahun 1 bulan..Aktiviti yang paling ekstrem sekarang ni ialah PANJAT TANGGA. Aduhaiiii.. Pantang tinggal sekejap. Mendaki tangga la jawabnya. Kalu turun tangga tu, xmo bagi dah dukung-dukung ni. Suh pimpin dia. Nak turun sendiri akalannya. Huummmm..

Bila anak dah makin besar ni, rindu sungguh masa dia baby. Rindu sangat-sangat. Cepat betul masa berlalu. Masa tu kelek la ke mana pun. Redha je kan?



Sekarang baru melalui tempoh-tempoh kesabaran. Sebab? Dah pandai mengamuk, dah pandai nak buat sendiri, memilih orang, banyak main, susah nak tidur, dannnn sangat PANJANG LANGKAH. Aktif sesangattt....

Semoga anak mama Nur Qaireen Humaira membesar dengan sihat dan sempurna. Mama sayang anak mama..:)


Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign