Menyusukan
anak adalah perkara semulajadi tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Tanpa ilmu
dan pengetahuan misi penyusuan eksklusif sehingga anak mencapai usia dua tahun
sukar dicapai. Penyusuan susu ibu bukan sekadar memasukkan puting payu dara ibu
ke dalam mulut bayi sahaja.
Banyak
cabaran dan rintangan yang bakal ditempuhi di sepanjang perjalanan penyusuan.
Oleh itu ibu perlu pastikan sentiasa membekalkan diri dengan tips dan ilmu agar
dapat menangis segala cabaran yang dihadapi demi meneruskan usaha murni
menyusukan anak.
Sedar atau
tidak, tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti
dilakukan oleh ibu menyusu terutama sekiranya bekerja. Tahukah anda bahawa
jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran
susu.
Bayangkan
anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun
hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin
berkurangan. Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu
perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual
mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut.
Disiplin itu penting!
Selang masa
mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan,
biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat
mengikut peningkatan usianya. Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama
setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu
juga tidak terlupa dengan masa mengepam.
Contoh sesi
mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:
Sesi 1 : 9
pagi
Sesi 2: 12
tengahari
Sesi 3: 3
petang
Sesi 4: 6
petang
Info penting
yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu
dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak
atau tidak, ibu wajib pam susu!
Ini adalah
cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak
bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam
sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk
keperluan anak kita.
Credit to : Pa & Ma