11 March 2015

Beef/Chicken Lasagna Campak-Campak..:)

Assalamualaikum..:)

Selamat petang. Semoga sahabat-sahabat saya sihat semuanya. Asal petang je saya mesti menulis. Sebab? Ngantuk sungguh duk kat ofis yang berekon ni hah. Kalau letak kepala mesti boleh tidur nyenyak tau.

Teringat la seorang jiran mintak resepi lasagna. So, saya share kat sini. Senang nak rujuk nanti kan. Saya ni tak pandai sangat nak masak, campak-campak aje pun.

Ok. Lets cook..:)

Bahan Sos Putih
Tepung Gandum 
Butter 
Mushroom Soup Cream (Bancuh dengan air panas) 
Susu Full Cream 


Bahan Sos Merah 
Daging/Ayam Kisar 
Tomato Puree
Blackpaper 
Lada Benggala 
Bawang Holland
Tomato 
Button Mushroom (saya guna Ayam Brand) - potong slice
Sosej 
Oregano / Italian Herbs 

Bahan Sampingan
Cheese
Lasagna Sheet 


Cara Membuat Sos Putih
Masukkan butter. Kemudian masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga tepung tu larut. Masa ni memang mencabar sket sebab takut bancuhan akan jadi berketul. Bila dah larut masukkan mushroom soup dan susu full cream. Sos putih banyak takpe. Sebab nanti sos putih ni akan melembutkan kepingan lasagna tu.

Cara Membuat Sos Merah 
Panaskan butter dan tumis bawang holland yang telah dipotong dadu. Bila dah agak wangi tu, masukkan daging/ayam kisar. Bila dah agak masak, masukkan sosej dan button mushrooom yang telah di potong. Kacau sekejap. Kemudian masukkan tomato puree dan blackpaper. Tambahkan sedikit garam dan oregano. Masukkan tomato dan lada benggala.

Cara Membuat : 
Sapukan loyang/bekas dengan butter/mentega. Lapisan pertama ialah lasagna sheet. Kemudian letakkan sos merah dan sos putih. Tabur cheese. Saya letak cheddar slice dulu baru tabur cheese mozarella. Ulang balik. Letak lasagna sheet, sos merah, sos putih dan tabur cheese. Saya suka letak cheese banyak-banyak gitu. Sedap..hihi.

Ok, dah boleh bakar. Make sure dah panaskan oven 180c sebelum tu ye. Turunkan suhu dalam 100c dan bakar dalam 30-40 minit camtu. Agak-agak dah garing kat atas, masaklah tu.


Sebelum masuk oven

Selepas siap dibakar. Korang jangan kasi hangus camni ye..:P

*** Tengah taip ni pun kecur liur..Sedappnyaaa...macam nak balik buat je satgi :)
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign