Siapa
yang tidak mahu punya anak selepas mendirikan rumah tangga. Betul tak? Tetapi
sebelum merancang utk hamil, anda mesti mengambil kisah tentang beberapa
perkara. Semuanya demi keselamatan diri bakal ibu dan bayi. Berikut adalah
beberapa perkara yang mesti dipersiapkan sebelum anda disahkan positif hamil.
- Berat
badan
Anda
perlu mengetahui berat badan sebelum mengandung. Sekiranya anda mempunyai berat
badan di bawah normal maka lebih baik tambah berat badan sedikit kerana berat
di bawah paras normal akan mempengaruhi proses ovulasi. Jika anda dalam
kategori berat badan berlebihan, sebaiknya kurangkan dulu berat badan untuk
memudahkan proses ovulasi dan mengurangkan risiko mengalami tekanan darah
tinggi dan diabetis ketika hamil.
- Hobi
melancong
Adakah
anda dan pasangan gemar pergi melancong? Jika ya, segerakan hobi anda sebelum
disahkan positif mengandung kerana anda tidak akan tahu bagaimana keadaan
kesihatan anda ketika hamil.
- Buat
rawatan gigi
Jika
anda mempunyai masalah pergigian, segera lakukan rawatan sebelum hamil. Ini
kerana biasanya rawatan pergigian yang kritikal berisiko dilakukan ketika hamil
bahkan masalah gigi yang teruk dapat meningkatkan risiko jangkitan kuman
seterusnya menyebabkan kelahiran bayi pramatang dan masalah praeklampsia ketika
hamil.
- Tambahkan
pengambilan vitamin
Pengambilan
vitamin sangat diperlukan oleh bakal ibu hamil. Vitamin B sangat penting untuk
mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Oleh itu sebaiknya anda
ambil asid folik sebelum merancang untuk hamil.
- Kurangkan
pengambilan kafein
Belajarlah
untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi. Jika dulu anda
minum dua hingga tiga cawan sehari, sebaiknya kurangkan menjadi secawan sahaja
dan lama-kelamaan tidak perlu mengambilnya langsung. Ia membantu anda lebih
mudah untuk hamil. Pakar menyarankan ibu hamil mengambil tidak lebih 150mg
kafein sehari.
- Siapkan
bajet
Ini
yang paling penting! Proses kehamilan dan menyambut kelahiran serta membesarkan
anak memerlukan kos yang tinggi. Jadi mulalah belajar menabung untuk memudahkan
belanjawan anda kelak.
- Katakan
tidak pada rokok dan alkohol
Mengambil
minuman keras dan merokok merupakan tabiat yang tidak sihat apatah lagi dalam
kalangan ibu hamil. Ia sudah tentu membahayakan bayi dalam kandungan bahkan
mengganggu kesihatan bakal ibu sendiri. Bahkan ia turut mempengaruhi kualiti
sperma si suami. Oleh itu sebaiknya bakal ibu dan ayah perlu terus berhenti
tabiat buruk ini demi melahirkan bayi yang sihat.
Credit to : Pa & Ma