10 March 2015

Badan BerASID ?


Bahagian badan yang paling berasid adalah PERUT. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan mengambil pemakanan yang berasid seperti ayam, daging dan produk dalam tin boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan. 

Lebihan asid yang banyak tidak dapat dirembes oleh ginjal dan bertakung dalam salur pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal dalam salur pencernaan. 

Kristal yang terbentuk ini dikenali sebagai BATU KARANG. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit lain dan boleh mengundang kematian. 



Penyakit yang disebabkan oleh BADAN BERASID 

1. Kanser Sel 
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser

2. Kencing Manis 
Bahan toksid berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin 

3. Darah Tinggi 
Toksid berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

4. Darah Rendah 
Toksid berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah 

5. Penyakit Buah Pinggang 
Pengumpulan toksid berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang. 

6. Osteoporosis 
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis

7. Gout 
Toksid berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sedi membengkak dan sakit 

8. Sembelit 
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit. 

Seimbangkah pH dalam tubuh kita?
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign