Mendapatkan
zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah
daripada kita tidak hamil dengan mudah dan menyebabkan kekecewaan. Jujurlah
dengan pasangan tentang kekecewaan kita. Kongsikan dan usahakan bersama-sama.
Luahkan perasaan dan bincangkannya secara terbuka. Ini menjadikan perjalanan
kita untuk hamil lebih mudah dan tidak bersendiri.
Kenali diri
Sedar atau tidak, peluang untuk hamil sebenarnya bermula daripada diri masing-masing. Ia terkait dengan kesihatan dan cara hidup. Perhatikan fakta-fakta berikut:
1. Hindari
tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika
dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat
membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.
2. Sayangi
tubuh badan. Elakkan diet radikal dan pengurangan berat badan mendadak.
Pastikan badan berada dalam julat berat yang sihat (BMI) dengan melakukan
senaman.
3. Amalkan
pemakanan sihat. Kekalkan pemakanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan
makanan dan meminum air dengan banyak.
4. Amalkan
pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita
serta zat besi dan selenium untuk lelaki. Makanan yang tinggi antioksidan juga
baik untuk diambil.
5. Elakkan
sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang
keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu
lama dan tub panas.
7. Masa yang
tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Jangan bergantung
kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan
ovulasi. Perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia
menunjukkan ovulasi sedang berlaku.
8. Lakukan
persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia
dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya
bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan
persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk
meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat
membantu.
9. Elakkan
ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu
meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.
10. Sebelum
anda mencuba untuk hamil, jumpalah pakar OBGYN bagi memastikan anda berdua
sihat sepenuhnya. Infeksi yang tidak dirawat, STD atau keadaan kesihatan yang
kurang baik mengurangkan peluang untuk hamil.
Panduan
ketika bersama
Melalui pembacaan, rata-rata tidak ada satu-satu posisi yang telah terbukti lebih baik berbanding yang lain serta dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Justeru, adalah lebih baik jika kita teliti beberapa panduan berkaitan peluang kehamilan ketika bersama.
1. Kurangkan
pergerakan selepas persetubuhan. Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan
air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.
2. Cuba
kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis
bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan
tersebut selama 20-30 minit selepas persetubuhan.
3.
Jadikanlah saat bersama sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sekadar rutin.
Pastikan anda berdua mencapai klimak. Bagi isteri ia dapat membantu menarik
sperma ke dalam uterus dan tiub fallopio manakala rembesan alkali dalam uterus
dan faraj meningkatkan jangkahayat sperma. Bagi suami, klimaks dapat
meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.
Dengan
mematuhi teori graviti, posisi yang terbaik adalah posisi yang dapat merembeskan
sperma sedekat mungkin ke servik. Beberapa posisi yang memenuhi perkara ini
adalah:
Posisi
‘missnionary’ atau isteri di bawah dan suami di atas adalah
posisi yang terbaik. Posisi ini dapat dibantu dengan meletakkan bantal dibawah
pelvis isteri.
Posisi ‘rear
entry’
atau lelaki menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini juga membolehkan
sperma dirembeskan dekat dengan servik.
Posisi
‘spooning’
atau pasangan berbaring sebelah-menyebelah dan suami menyetubuhi isteri
daripada belakang. Posisi ini lebih selesa bagi mereka yang mempunyai berat
badan berlebihan atau mengalami sakit belakang.
Elakkan
posisi yang menyukarkan sperma bergerak ke servik seperti isteri berada di
atas, berdiri atau duduk kerana sperma bergerak melawan graviti. Elakkan juga
penggunaan gel pelincir kerana ia menjejaskan jangkahayat sperma.
Semoga dipermudahkan untuk mendapat zuriat. :)