Alhamdulillah,
Lama kami suami isteri ambil masa untuk buat pilihan. Terlalu berkira-kira barangkali. Banyak yang perlu diselidiki, banyak yang perlu dipertimbangkan. :)
Pertama kali dapat 'tawaran' untuk sign up insuran, umur si comel humaira masa tu baru beberapa bulan. Haaa..lama tak kitorang pikir. Hampir setengah tahun tu.
At last, bulan 2 yang lepas dengan keputusan MUKTAMAD saya bersetuju untuk mengambil perlindungan takaful buat si comel. Satu je matlamat saya pada masa ini iaitu simpanan untuk pendidikan humaira nanti. Saya ni memang boleh dikategorikan orang yang susah nak menyimpan. At least humaira ada simpanan bila umurnya dah 18 tahun nanti. Boleh guna untuk pendidikan dia. Dan MEDICAL CARD tu kami kira sebagai bonus untuknya.
So, lepas ni dah start simpanan takaful untuk si kecik humaira. Semoga bermanfaat untuknya pada masa akan datang. InshaAllah.