Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Semoga sihat sentiasa..:)
Sape ada pengalaman sedara mara atau mak ayah yang pernah menjalani PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG? Pertama kali saya tengok video pembedahan tu masa menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee bulan lepas. Allah, ngeri sungguh.
APAKAH
ITU PEMBEDAHAN PINTASAN GRAFT ARTERI KORONARI (CABG)?
Apabila
sesorang menghadapi penyakit jantung arteri koronari, terdapat pelbagai rawatan
bergantung kepada keadaan kesumbatan tersebut. CABG merupakan satu kaedah
yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. Doktor
anda akan menentukan rawatan yang terbaik untuk anda.
Dalam
pembedahan ini, urat darah (Vena) akan diambil daripada salah satu bahagian
tubuh anda, selalunya di kaki dan digunakan untuk memintas bahagian arteri yang
sempit atau tersumbat pada permukaan jantung. Urat darah yang diambil itu
akan dipotong kepada beberapa ukuran yang pendek. Kemudian, satu pangkal
daripada potongan urat darah tersebut akan disambung kepada arteri utama
jantung (Aorta) yang paling hampir dengan jantung. Hujung urat darah
berkenaan pula akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit.
Pembedahan
pemintasan bahagian yang sempit atau tersumbat tersebut dapat meningkatkan
pengaliran darah ke jantung. Bagi sesetengah pesakit, arteri yang
terdapat di dalam dada boleh digunakan selain urat darah di kaki.
BAGAIMANAKAH
PEMBEDAHAN CABG DAPAT MEMBANTU?
Pembedahan
CABG dapat memperbaiki aliran darah dan membuatkan pesakit:
- Mengalami
sedikit atau tiada angina
- Tidak
banyak memerlukan ubat
- Berupaya
menjalani gaya hidup yang lebih aktif
- Berkemungkinan hidup lebih lama
APAKAH YANG BERLAKU PADA HARI PEMBEDAHAN?
Kira-kira
1 jam sebelum pembedahan, anda akan diberi ubat yang membuatkan anda berasa
hendak tidur dan kemudian anda akan dibawa ke bilik bedah. Di sana anda
akan diberi ubat bius yang akan membuatkan anda tidur sepanjang masa
pembedahan.
BERAPA
LAMAKAH MASA PEMBEDAHAN TERSEBUT?
Pembedahan
CABG selalunya mengambil masa di antara tiga hingga enam jam, bergantung kepada
apa yang yang perlu dilakukan.
APAKAH
YANG BERLAKU KETIKA PEMBEDAHAN?
Pakar
bedah akan membuat potongan memanjang di bahagian tengah dada melalui tulang
dada untuk sampai ke jantung anda. Kemudian pintasan yang berkenaan akan
dibuat dengan urat darah yang telah dipilih. Selalunya, terdapat satu
atau lebih potongan pada kaki di mana urat darah diambil untuk pintasan.
APAKAH
YANG BERLAKU SELEPAS PEMBEDAHAN?
Anda
akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk dipulihkan. Apabila anda
sedar selepas kesan bius hilang, anda mungkin berasa keliru dengan keadaan
sekeliling dan kebas, tetapi keadaan ini hanya seketika sehingga koordinasi
tubuh dan fikiran anda menjadi lebih sekata/stabil. Anda juga mungkin
perlu tinggal di ICU selama 1 atau 2 hari pertama selepas pembedahan.
Anda juga akan diajar beberapa latihan pernafasan untuk membantu
menguatkan paru-paru dan dada anda.
BERAPA
LAMAKAH ANDA AKAN TINGGAL DI HOSPITAL?
Biasanya
anda dikehendaki tinggal dihospital selama 5 hingga 7 hari selepas pembedahan
CABG.
APABILA
SEMUANYA SELESAI, APA YANG PERLU ANDA JAGA?
Tinggalkan
tabiat buruk dan mulakan hidup secara sihat dengan kehidupan yang lebih gembira
bersama keluarga anda. Sayangi jantung anda. Amalkan cara hidup
yang sihat.
Tengok video di sini Bypass Surgery